Ahad, 1 November 2009

SALAM PERTEMUAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Selamat bertemu di dalam blog ini semoga tuan-tuan sentiasa mendapat limpahan rahmat dari ilahi dan dianugerahkan dengan hati yang baik seterusnya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Laman blog ini berasaskan kepada program pengisian ilmu, tetapi diketengahkan juga maklumat tentang segala program surau dan jemputan majlis dari anak qariah taman ini. Jadi, matlamat utama adalah penyampaian ilmu dan maklumat. Kami pasti, blog ini mungkin tidak seindah atau secanggih laman blog yang lain, tetapi kami akan mencuba yang terbaik. Biarlah kami merangkak terlebih dahulu. Insya Allah kami akan sentiasa mengamalkan 'kaizen' (bahasa Melayunya penambah baikan yang berterusan) supaya maklumat disampaikan dengan cara yang menarik dan berguna. Kepada rakan-rakan yang sudi memberikan komen dan pandangan dan berinteraksi dengan kami, kami, amat menghargai dan mengalu-alukan. Sila hantar komen dan pandangan anda di laman blog ini atau terus ke email musollatulamin@blogspot.com. Salam hormat dari kami. Abu Edy al-Boltoni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan