Isnin, 2 November 2009
TAZKIRAH
Betapa lemahnya aqidah umat Islam hari ini. Ada yang lebih takutkan hantu dari Allah maka tv pun banyak siarkan cerita hantu. Aqidah yang lemah sebabkan ada yang murtad ke agama lain maka sebagai umat Islam ada tanggungjawab untuk berdakwah kepada yang bukan Islam.
Quran itu jangan diletak ditempat yang kita tak nampak di rumah, bukan letak atas almari atau dalam almari tapi hendaklah diletakan di atas meja agar kita sentiasa melihat Quran keran melihat Quran itu sahaja dah dapat pahala.
Kenapa makanan sunnah Rasul saw iaitu kambing amat ditakuti oleh orang Melayu kita sedangkan bangsa lain Arab, Cina , Uzbek dll biasa makan tapi tiada apa-apa. Kajian yang dibuat didapati orang kita kalau makan kambing dicampur dengan makanan lain, selepas tu minum kopi pula, sedangkan bangsa lain kalau makan kambing tidak dicampur dengan benda lain kemudian mereka minum teh Cina, teh pudina, susu masam atau yoghurt.
Dan akhir sekali kalau kita beri makan pada orang yang berpuasa kita akan mendapat pahala puasa sama dengan mereka. Jadi kalau di tempat kerja kita apa kata kupon makan tu kita sedekahkan pada kawan yang berpuasa, mudah-mudahan kita mendapat keberkatanNya.
Di susun dari tazkirah oleh Sdr Ann Wan Seng
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan