Jumaat, 6 November 2009
MENGHORMATI AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cubakita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghorma! ti azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri! . Mengap a ketika azan&nbs! p; kita tidak boleh mendiamkan
diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan
lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah!
Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,
lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa
sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan