Jumaat, 6 November 2009

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI

Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda2nya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yg haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya. 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yg menimpanya. Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan